Pengalaman Sendiri Menggunakan BBO 005
BBO Sarikei10hb Feb 2021, dalam kemeriahan masyarakat Cina dengan pelbagai persediaan menyambut perayaan Tahun Baru Cina, aku pula disapa kebas kaki ketika bangun tidur padi tadi.
Yang bestnya kebas tak lama. Aku buat gerakan ringan dikit untuk melegakan rasa kebas. Berjaya! Namun kelegaan ku tidak lama, aku mula merasakan sakit yang berdenyut-denyut dan menyucuk-nyucuk. Itulah kali pertama setelah 51 tahun hidup di muka bumi ini. Malahan rasa sakit memuncak sampai ke tahap aku tidak boleh memijak lantai apabila setiap kali berdiri, aku hilang imbangan lalu rebah.
Kesakitan itu berlarutan hingga ke petang langsung menjelang malam. Sehingga rasa sakit itu menzahirkan fizikal bengkak padah sebelah awal malam. Aku sudah tidak tertahan menanggung rasa sakit lalu menelan Panadol Paracil sebagai painkiller 2 biji. Alhamdulilah, agak reda rasa sakit buat seketika. Apabila painkiller sudah habis kuasa power rangers nya, rasa sakit datang balik. Sehingga keesokan harinya, aku msh dibelenggu rasa sakit dan bengkak kaki yang maha tiada kata-kata yang mampu untuk ku gambarkan.
Namun aku berusaha merawat sendiri sakit kaki dengan menggunakan minyak bubble belly. Petang tadi, selepas membersihkan kaki seadanya, aku mula menyapu bubble belly yang sebelum itu aku goncangkan sehingga sebati kandungan minyak bersama bahan herba pilihan di dalamnya
Menyapu sambil mengurut manja selama lebih kurang 5 minit lada kaki kiri ku mengikut lawan arah jam, terus mendatangkan rasa sakit yang semakin mengurang. Aku mencapai selipar selipar hotel Pullman untuk mendapatkan rasa hangat semaksimal mungkin. Memang ya, teoriku betul - rasa sakit kaki ku hilang dan aku merasakan kehangatan yang tidak membuat Kita rasa pijar malahan terbit bau wangi daripada ekstrak bunga sakura, diantara bahan semulajadi yang digunakan dalam penghasilan BBO.
Walaupun bengkak masih setia, namun rasa sakit sudah hilang secara perlahan-lahan. Sebelum tidur, aku menyapu lagi bbo lalu membelai bengkak kaki dgn usapan lembut namun memberikan kesan yang teramat padu untuk menghilangkan rasa tidak selesa itu.
Aku tidur dengan selesa tanpa ada denyutan dan cucukkan berbisa. Sekarang aku bukan saja mengesyorkan anda mendapatkan BBO untuk kegunaan seisi keluarga, malahan aku tambah bersemangat dalam usahaku mempromosikan produk buatan Malaysia ini dengan lebih efektif lagi kerana aku sudah sedia maklum akan kehebatan BBO ini.
berdenyut-denyut, menyucuk-nyucuk, hotel pullman, bengkak kaki