Pengalaman Sendiri Menggunakan BBO 005
BBO Sarikei 10hb Feb 2021, dalam kemeriahan masyarakat Cina dengan pelbagai persediaan menyambut perayaan Tahun Baru Cina, aku pula disapa kebas kaki ketika bangun tidur padi tadi. Yang bestnya kebas tak lama. Aku buat gerakan ringan dikit untuk melegakan rasa kebas. Berjaya! Namun kelegaan ku tidak lama, aku mula merasakan sakit yang berdenyut-denyut dan menyucuk-nyucuk. Itulah kali pertama setelah 51 tahun hidup di muka bumi ini. Malahan rasa sakit memuncak sampai ke tahap aku tidak boleh memijak lantai apabila setiap kali berdiri, aku hilang imbangan lalu rebah. Kesakitan itu berlarutan hingga ke petang langsung menjelang malam. Sehingga rasa sakit itu menzahirkan fizikal bengkak padah sebelah awal malam. Aku sudah tidak tertahan menanggung rasa sakit lalu menelan Panadol Paracil sebagai painkiller 2 biji. Alhamdulilah, agak reda rasa sakit buat seketika. Apabila painkiller sudah habis kuasa power rangers nya, rasa sakit datang balik. Sehingga keesokan harinya, aku msh dibelenggu ra...